Ini 12 lokasi menarik anda boleh kunjungi tahun 2019

TAHUN 2018 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan ketibaan 2019 pastinya disambut dengan penuh kegembiraan.

Bagi yang belum ada perancangan atau masih terfikir-fkir lokasi nak sambut tahun baharu malam ini sambil tengok pertunjukan bunga api, kami sertakan 12 ‘port’ yang boleh anda kunjungi.

1. Suria KLCC

Kemeriahan ‘countdown’ tahun baru di KLCC tak perlu dipertikaikan lagi. Selain pertunjukan bunga api, tahun ini KLCC membawakan beberapa artis popular seperti Elaine Lee, Balan Kashimir, Aziz Harun, Dasha Logan, Aman Ra, M.Nasir dan Amara untuk menghiburkan anda bermula jam 8:25 malam hingga 12 tengah malam.

2. Sunway Velocity Mall, KL

Sambutan di sini bermula seawal jam 12 tengah hari dengan penganjuran karnival di bahagian luar pusat beli-belah. Jangan risau tentang makanan kerana selain makan dalam ‘mall’ penganjur juga menyediakan trak-trak makanan untuk pengunjung.

3. Sunway Lagoon

Jangan lepaskan peluang hadir ke Glowtopia Festival dan jadilah sebahagian daripada festival ‘glow in the dark’ terbesar di Malaysia. Bawa rakan-rakan anda dan nikmati permainan Backlight Slide, perang neon, menari sambil mendengar muzik ‘live. Makanan enak (food trucks) juga disediakan dan paling penting bergambarlah sepuas-puasnya di bilik neon khas.

Pas masuk (single): RM99

Venue: Surf Beach, Sunway Lagoon

Pendaftaran: 6-7 petang

Umur: 7 tahun ke atas

4. Sunway City

Sambutan di Sunway City bermula jam 9 malam dengan menampilkan tiga hos iaitu Haziq, Nicholas dan Hafiz. Antara artis dan selebriti yang akan memeriahkan suasana termasuklah Shalma Eliana, Fazz, Thomas Jack, Wen Suen, Froya dan Hujan. Tidak dilupakan pertunjukan bunga api detik 12 tengah malam. Masuk percuma.

5. Genting Highlands

Bagi yang ingin ‘lari’ dari suasana sambutan biasa di ibu kota, anda boleh ke Genting Highlands untuk persekitaran yang lebih sejuk dan ‘happening’. Hanya mengambil masa kira-kira 1 jam dari Kuala Lumpur, pengalaman menyambut tahun baru di sini pasti sukar dilupakan.

6. Putrajaya

Sambutan Tahun Baru 2019 akan berlangsung di sini dan dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dimeriahkan dengan penganjuran Lights and Motion Putrajaya (LAMPU) sepanjang 1km yang bermula 28 Disember hingga ambang tahun baharu.

7. Lexis Hibiscus Port Dickson

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan tahun baru di sini tidak pernah mengecewakan. Jangan terlepas peluang menyaksikan pelbagai persembahan menarik dan aktiviti menjelang detik 12 malam yang ditunggu-tunggu. Tepat jam 12 malam, pengunjung pasti akan terpesona dengan keindahan bunga api di sekeliling resort dalam air ini.

8. The Curve, Mutiara Damansara

Bermula seawal jam 5 petang dengan acara Fitness Fiesta. Disusuli dengan persembahan oleh artis-artis popular bermula jam 7 petang. Bagi kanak-kanak, taman permainan disediakan sementara menunggu ketibaan 2019.

9. Publika KL

Sambutan ambang 2019 di Publika bermula seawal jam 7.30 malam. Sementara menunggu detik 12 tengah malam, pelbagai program dan aktiviti disediakan seperti persembahan, permainan dan ‘photo booth’ untuk disertai anda, rakan-rakan dan ahli keluarga.

10. i-City Shah Alam

11. ioi City Mall

Acara bermula jam 6 petang hingga tengah malam di West Garden. Sementara menunggu detik 12 malam, pelbagai aktiviti meriangkan diatur seperti zumba, belly dance dan banyak lagi. Pendaftaran sebanyak RM35 dikenakan.

12. Citta Mall, Ara Damansara

Acara di Citta Mall bermula jam 8.30 malam. Antara artis yang akan membuat persembahan seperti Kilafairy dan artis K-Pop baharu MASC.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*